Langsung ke konten utama

[A LOVE TO KILL] synopsis

 
Yoo Jae Keun as Sung Jin (Eun-suk's road manager)


Drama ini mengisahkan Kang Bok Ku, seorang peninju yang bertemu dengan abangnya Kang Min Joo selepas 10 tahun berpisah. Bagi Kang Bok Ku, abangnya adalah segala-galanya kerana sejak kecil telah banyak berkorban untuk dirinya. Tetapi malangnya, Kang Min Joo telah ditimpa kecelakaan apabila telah terjun dari bangunan secara tiba-tiba. Kang Bok Ku cuba mencari punca mengapa abangnya terjatuh dan telah mendapati, abangnya telah kecewa dalam percintaannya dengan Cha Eun Suk yang merupakan seorang artis terkenal. Kang Bok Ku berhasrat untuk membalas dendam kepada Cha Eun Suk yang menyebabkan abangnya terus koma.

Cha Eun Suk, seorang pelakon terkenal dan jelita mengalami kekecewaan dalam percintaannya dengan Kang Min Joo setelah Kang Min Joo meninggalkannya tanpa sebarang sebab dan alasan. Dia sangat sedih namun terus cuba meneruskan kehidupannya. Dalam masa yang sama, Cha Eun Suk telah terperangkap dalam cinta seorang anak hartawan yang berjaya iaitu Kim Joo Sung. Kim Joo Sung yang mengumumkan pertunangannya dengan Eun Suk pada mulanya sekadar ingin menutup malu apabila video yang memaparkan dirinya bersama Cha Eun Suk dalam situasi yang tidak disengajakan akhirnya benar2 jatuh cinta pada Cha Eun Suk. Namun begitu, Cha Eun Suk tidak mencintai Kim Joo Sung walaupun ibu tirinya telah bersetuju untuk menjodohkan mereka berdua.

Kang Bok Ku telah bekerja sebagai pengawal peribadi Cha Eun Suk, di mana tugasnya adalah untuk menjaga keselamatan artis popular itu. Dalam masa yang sama, Kang Bok Ku cuba untuk menawan hati Cha Eun Suk dengan tujuan untuk membalas dendam. Tanpa disedari, Kang Bok Ku telah jatuh cinta sebelum Cha Eun Suk juga turut jatuh cinta kepadanya. Akhirnya mereka sedar, mereka telah sama2 jatuh cinta. Kim Joo Sung telah mula menyedari bahawa bakal tunangnya semakin menyukai pengawal peribadinya sendiri. Cha Eun Suk pula mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pertunangannya dengan Kim Joo Sung. Namun begitu, akibat ketamakan ibu tirinya, Eun Suk terpaksa akur untuk meneruskan pertunanganya. Pada hari pertunangannya, Cha Eun Suk telah lari bersama Kang Bok Ku tanpa ada rasa penyesalan. Namun begitu, setelah karier Cha Eun Suk musnah akibat melarikan diri pada hari pertunangannya, Kang Bok Ku bertindak untuk meninggalkannya, sebagaimana yang pernah dirancangnya. Dan pada masa yang sama, dia mendedahkan bahawa dia sebenarnya adik kepada Kang Min Joo dan tujuannya bercinta dengan Eun Suk adalah untuk membalas dendam semata-mata. Cha Eun Suk benar2 kecewa apabila mengetahui selama ni Kang Min Joo meninggalkannya disebabkan oleh ibu tirinya yang malu jika Cha Eun Suk terus berkawan dengan Kang Min Joo. Cha Eun Suk kemudiannya membuat keputusan untuk menjaga Kang Min Joo sepanjang hidupnya.
Namun begitu, Kang Bok Ku telah menyembunyikan abangnya kerana dia tidak mahu terlibat lagi dengan Cha Eun Suk. Ini kerana, dia sendiri tidak mampu melihat Cha Eun Suk bersama abangnya sendiri lantaran dia telah jatuh cinta kepada wanita itu. Cha Eun Suk benar2 tertekan di atas kehilangan sekali lagi Kang Min Joo dan Kang Bok Ku.

Setahun berlalu, Cha Eun Suk menjalani kehidupan sebagai orang biasa dan tidak menjadi artis lagi. Dia dan keluarga nya membuka perniagaan sendiri dan cuba melupakan kisah sedihnya. Kang Bok Ku pula telah membawa abangnya kembali ke Seoul untuk meneruskan kehidupan. Suatu hari Kang Bok Ku telah bertemu dengan Cha Eun Suk secara tidak sengaja. Kali ini, Cha Eun Suk tidak mahu melepaskan Kang Min Joo. Dia mengambil keputusan untuk membawa Kang Min Joo ke sebuah rumah yang disewanya dan menjaga lelaki itu. Kang Bok Ku terpaksa akur dengan permintaan Cha Eun Suk. Kang Min Joo pula semakin pulih dan mampu duduk di atas kerusi roda serta mampu bertindak balas. Namun begitu, Cha Eun Suk dan KAng Bok Ku masih tidak mampu menafikan perasaan mereka. Mereka masih saling mencintai tapi masing2 serba salah kerana memikirkan keadaan Kang Min Joo. Kang Min Joo telah meninggal dunia secara tiba-tiba tetapi dia sempat berpesan kepada Kang Bok Ku agar menjaga Cha Eun Suk kerana dia sendiri telah menyedari bahawa Cha Eun Suk terlalu mencintai Kang Bok Ku lebih dari dirinya. Hal ini telah menyebabkan KAng Bok Ku berasa amat bersalah kerana seolah2 telah merampas kekasih abangnya sendiri. Kang Bok Ku mengambil keputusan untuk berpisah dengan Cha Eun Suk walaupun Cha Eun Suk ingin bersamanya. Mereka akhirnya berjanji untuk meneruskan kehidupan masing2 dengan baik dan melupakan kisah silam mereka. Cha Eun Suk kembali menjadi seorang pelakon yang popular dan merancang untuk berkahwin dengan Kim Joo Sung yang sentiasa menantinya penuh sabar. Kang Bok Ku pula menjadi seorang peninju yang berjaya dan bekerja bersungguh-sungguh di bengkel. Mereka tidak bertemu sehigga pada suatu hari Cha Eun Suk telah hilang dan Kim Joo Sung meminta Kang Bok Ku mencarinya. Kang Bok Ku tahu Cha Eun Suk pasti ke kaki gunung di mana mereka pernah bertemu di situ suatu ketika dahulu. Cha Eun Suk walaupun berjaya menjadi artis terkenal, tetapi hakikatnya dia sangat tertekan sehingga terpaksa menjalani rawatan mental selama setahun. Begitu juga Kang Bok Ku yang terpaksa memendam perasaan demi membuang rasa bersalah pada abangnya. Kang Bok Ku menjumpai Cha Eun Suk yang pengsan di kawasan salji. Cuaca yang sejuk menyebabkan mereka tidak mampu untuk pulang hanya terbiar di situ


 SOUNDTRACK
  • 01 - 더 이상 (No More)-Howl
  • 08 - 쉬어 (Easy)-Glue
  • 02 - 이 죽일 놈의 사랑 (A Love to Kill)-Lee Soo Young
  • 09 - 이 까짓 사랑 (This Thing Called Love)-Tae Wan
  • 03 - 그래도...사랑이다 (It's Still...Love)-Shin Seung Hoon
  • 10 - 속이지마 (Don't Fool Me)-Glue
  • 04 - 꿈 (Dream)-K. Will
  • 11 - 꿈 (Dream) (Ballad Version)-K. Will
  • 05 - 애루 (Aeroo)-Z'ta
  • 12 - 이 죽일 놈의 사랑 (Inst.)
  • 06 - 어쩌다 (How Did it Happen?)-Tae Wan
  • 13 - 그래도...사랑이다 (Inst.)
  • 07 - 재회 (Reunion)-Lim Hyun Jung














 

    Komentar

    Postingan populer dari blog ini

    7 member cowok Kpop yang terlihat cantik (versi On The Spot)

    1. Ren Nu'Est   Name : Ren Real Name : Choi Minki (최민기) Birthdate : 3rd November 1995 Age : 16 Weight : 56kg Height:179cm Blood type : O Nickname : Choi Ren Hobbies : Watching a movie, Listening a music My keyword : Style, Blonde -An unpredictable cute guy with metro sexual charm -reportedly the mischievous mood maker of the group - back up dancer for After School Blue’s Wonder Boy - was featured in the MV and Live performances - was also in the “New Balance” CF with Lizzy - said to be the Maknae of the group   Ren dari boygroup  NU’EST, yang berisikan 5 member, baru2 ini mengatakan kalau dia disalahartikan sebagai seorang gadis. Pada 5 maret, Ren mengatakan, “Saya pergi ke sebuah toilet di sebuah stasiun subway, dan pria yang ada disana melihat saya dan berfikir mereka masuk kedalam ruang wanita.”

    SInopsis Sad Love Story Episode 20end

      Setelah semua kembali normal, Hae-in sempat kebingungan melihat perubahan sikap Joon-young yang mendadak begitu sibuk bekerja. Ia hanya bisa pasrah ketika pria yang dicintainya itu memintanya untuk menunggu di kamar yang telah disiapkan. Namun saat sampai didalam, ternyata begitu banyak kejutan telah menanti. Namun yang membuat Hae-i tidak kuasa menahan tetes air mata adalah ketika mendengar rekaman suara Joon-young yang meminta gadis itu sebagai istrinya. Mengenakan gaun yang telah disiapkan, Hae-in langsung berlari keluar dan memeluk Joon-young yang telah menunggu.

    Link Download RIngtone Korea Lucu ^6^

    Annyeonghasseo… Hoii! Hoii! Readers ^^ Kalian pasti sering “gregetan” kalo nonton K-DRAMA truss ngedenger ringtone – ringtone yang lucu kan…  sama kayak Hyo  RIn... “ haissss….kapan Hyo Rin punya ntu ringtone ya ?” ini yang sering Hyo Rin bilang kalau udah “gatel” pengen donlot ntu Ringtone… setelah serangakian aksi NGUBEK NGUBEK google....akhirnya ketemu deh LINK buat DONLOT ^^.  truss..pas di Kampus itu hari..HP Hyo Rin berdering dan tentu saja yang terdengar itu ya.. Ringtone - ringtone lucu tadi..... kontan teman* Hyo Rin pada bilang "wahh..Ringtonenya kerenn banget! UNIK!! ^^" hahahahaa...makin PD Hyo RIn jadinya..walo Hp butut, Ringtone keren boleh donGgg...^^ Nihhh Hyo Rin kasih Link donlot buat Ringtone Korea yang lucu ^^